.jpg)
Had Umur Aqiqah?
Ada rakan sepejabat tanya pasal had umur aqiqah semalam. Apa yang saya tahu, ia sunat dilakukan pada hari ke tujuh kelahiran anak. Tentang had umur tu, saya tak pasti.
Jadi, tadi saya call Ustaz Azhar, EZ Qurban Sdn. Bhd. nak dapatkan kepastian. Mungkin dia lebih 'pakar' bab fiqh aqiqah sebab bisnes dia ialah aqiqah dan qurban. Dan beliau pernah datang bagi kuliah tentang aqidah dan qurban di syarikat kami. Jawapan Ustaz, hukumnya sunat muakkad untuk anak selagi dia belum baligh. Dan hukumnya harus bila anak dah baligh. Katakanlah ibubapa kita tak pernah aqiqahkan untuk kita, kita boleh buat untuk diri kita sendiri. Dan soal jawab pasal aqiqah (dan qurban) dah di FAQ web EZ Qurban tersebut. Mudahnya Aqiqah Dengan EZ Qurban Masa kelahiran Fathi (anak ke-4 kami) hari tu, kami buat aqiqah dengan EZ Qurban. Alhamdulillah... mudah. Kami laksanakan tepat hari ke tujuh. Kami bank-in duit hari ke-3 kelahiran Fathi, dan kemudian saya call Ustaz Azhar supaya aqiqah dilaksanakan hari ke-7. Lepas tu, EZ Qurban hantar resit, sijil perlaksanaan aqiqah dan siap bagi foto kambing yang disembelih bersama nama "Fathi Mohd Zulkifli" dan tarikh perlaksanaannya sekali. Alhamdulillah. Memang reliable... Kalau nak buat aqiqah cara biasa, memang tak sempat la hari ke tujuh. Sebab tujuh hari pertama kelahiran baru, biasanya kita kelam-kabut sikit. Banyak hal nak kena settle. Apatah lagi dalam proses transisi hidup daripada ber-anak tiga (3) kepada ber-anak empat (4). Nak kena coupe dengan keadaan baru. Aqiqah & Qurban Bukan Hal Remeh Pasal aqiqah ni, sebelum dengar kuliah dari Ustaz Azhar, saya anggap remeh jer. Nak buat bila 'mampu'. So, releks la dulu. Tunggu duit banyak baru nak buat. Tapi kalau ikutkan duit, memang tak pernah rasa banyak. Ada saving RM1,000 rasa sikit. Ada RM10,000 pun rasa sikit juga! Jadi, tak pernah rasa banyak. Mungkin dalam diri ni ada sifat kedekut... Sebab ada sifat kedekut itulah Tuhan suruh kita keluarkan zakat dan infaq dari kekayaan yang Tuhan beri pada kita. Dan Tuhan juga suruh laksanakan ibadah qurban yang semua itu kita kena korbankan duit yang kita sayang kerana Tuhan! Pentingnya ibadah qurban hinggakan Nabi S.A.W cakap jangan datang ke masjid baginda bagi orang yang tak laksanakan ibadah qurban sedangkan dia mampu...

Tawassul Dengan Ibadah Qurban
Dan qurban juga selain ia sunat muakkad (sunat yang hampir hukum wajib), qurban juga boleh digunakan sebagai 'tawassul' untuk apa sahaja hajat kita. Bila kita laksanakan ibadah qurban, mintalah apa sahaja yang kita hajatkan dari Tuhan.
Mungkin kita ada masalah dalam hidup. Apa sahaja masalah, mintalah Tuhan selesaikan masalah kita. Sebab keputusan selesai atau tidak semuanya di tangan Tuhan. Mudah-mudahan, Tuhan sempurnakan hajat kita kiranya ada ikhlasan dengan ibadah qurban yang kita laksanakan. InsyaAllah. Setiap Anak Tertahan Dengan Aqiqahnya Masa kuliah Ustaz Azhar tu, beliau kupaskan pesanan Nabi S.A.W yang bermaksud: “Setiap anak itu tertahan dengan aqiqahnya, disembelih baginya hari yang ke tujuh, dinamainya dan dicukur kepalanya.” Ustaz huraikan perkataan "tertahan" tersebut. Ada tiga perkara yang mungkin tertahan iaitu:

- Tertahan tumbesaran, kecerdasan, dan kesihatan anak tersebut;
Tertahan godaan syaitan dalam urusan dunia dan akhirat (pandangan Ibn Qayyim); dan
Tertahan dari memohon syafa'at kepada kedua ibubapanya selagi belum di aqiqahkan (pandangan Al-Laith).
Percepatkan Aqiqah Anak-anak
Jadi, lepas dapat kefahaman baru, kami percepatkan aqiqah Fathi. Buat hari ke tujuh. Alhamdulillah... puji-pujian bagi Allah... Fathi adalah anak kami yang paling senang dijaga dan tak banyak masalah. Mungkin itu antara hikmah mempercepatkan aqiqah untuknya.
Kakak-kakak Fathi dulu, ada yang jenis banyak menangis. Ada yang jenis tak tidur malam. Ada yang mudah sakit demam selsema dan macam-macam lagi. Mungkin juga disebabkan kami selalu tangguh-tangguhkan aqiqah untuk mereka semua. Tunggu Raya Haji baru nak buat aqiqah!
Saya disini sekadar berkongsi apa yang saya faham tentang ibadah qurban dan aqiqah. Untuk mendapat ilmu yang lebih sahih, rujuklah para alim ulama. Ini cuma perkongsian sesama teman tentang sedikit sebanyak yang saya tahu.
Mudah-mudahan sedikit sebanyak ada manfaatnya. InsyaAllah.
Zulkifli
Damansara Heights
13 November 2009

0 comments:
Post a Comment