Friday, November 20, 2009

Silaturrahim: Jalan Lain Ke Syurga

"Dan janganlah orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan di antara kamu bersumpah bahwa mereka (tidak) akan memberi (bantuan) kepada kaum kerabat (nya), orang-orang yang miskin dan orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah, dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" [An-Nur 24: 22]

Bila terbaca ayat Al-Quran dari Surah An-Nur 24: 22, saya teringat huraian Ustaz Mohd Faisal Abdul Hamid (Pensyarah di Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, UM) masa kuliah beliau di akhir Ramadhan yang lalu. Ustaz kupaskan betapa pentingnya menjaga hubungan silaturrahim. Silaturrahim maksudnya hubungan dengan orang yang ada pertalian darah dengan kita - keluarga.

Khabar Ifki
Ayat Quran tu sebenarnya adalah teguran Allah S.W.T kepada Saidina Abu Bakar As-Siddiq berikutan peristiwa Khabar Ifki (Berita Palsu) kerana Allah sayangkan beliau.

Berita palsu tu disampaikan oleh sepupu Abu Bakar kepada Abdullah bin Ubai (Bapa Munafiq). Dan kemudian, Abdullah Bin Ubai sebarkan berita palsu tu bahawa isteri Nabi S.A.W. Aisyah r.a yang juga anak Abu Bakar r.a. telah berzina. Sedangkan Abu Bakar lah yang sara hidup sepupunya sekeluarga yang hidup miskin di Madinah.

Apabila sepupu beliau tengok unta Aisyah di heret oleh sahabat Nabi bernama Sofwan, dia ceritakan kepada Abdullah Bin Ubai bahawa Aisyah telah berzina.

Sayangnya Allah Pada Abu Bakar r.a.

Lepas 40 hari, akhirnya turunlah ayat yang mengatakan Aisyah tak berzina. Lepas buat siasatan, Abu Bakar dapat tahu yang sepupunyalah punca fitnah tersebut. Maka beliau bersumpah atas nama Allah yang beliau tak akan lagi tolong (hentikan bantuan) sepupunya tersebut.

Malam tu juga Allah turunkan ayat Quran di atas (yang menyentuh tentang menjaga silaturrahim), iaitu lebih cepat dari ayat yang membersihkan nama Aisyah sedangkan ayat Quran yang membersihkan nama Aisyah hanya turun lepas 40 hari.

Bila Abu Bakar potong bantuan, Allah terus tegur. Sebab apa? Allah nak Abu Bakar masuk syurga, yang sepupu dia tu biarlah masuk neraka. Bila kita jaga hubungan silaturrahim, beri bantuan kepada keluarga kita yang susah, bukan nak mereka balas, tetapi kita nak janji Syurga dari Tuhan.

Buat Baik Pada Ibubapa & Menjaga Silaturrahim

Hari tu, Ustaz Faisal ada huraikan pesanan Nabi S.A.W yang bermaksud;

"Sesiapa yang nak umurnya panjang, rezekinya murah, dielak daripada mati yang mengaibkan, hendaklah dia menghubungkan silaturrahim"
Menurut Ustaz Faisal, dua perkara yang Allah balas "cash" di dunia iaitu buat baik pada ibubapa dan menghubungkan silaturrahim. Kalau buat baik pada ibubapa dan menjaga silaturrahim, balasnya terus Allah bagi di dunia lagi, tak payah tunggu Akhirat. Kalau derhaka pada ibubapa, dan memutuskan silaturrahim, azabnya juga Allah bagi "cash" di dunia lagi.

Kunci Bahagia...

Sebab tu, kalau nak bahagia dan berjaya dalam hidup, kena betul-betul jaga hubungan terutamanya dengan ibubapa dan mertua. Jangan sampai pergi melancong sana sini dua tiga kali setahun, sedangkan balik jenguk orang tua cuma sekali setahun! Itupun tunggu raya puasa jer. Berbelanja mewah itu dan ini boleh, tapi nak hulur duit pada mereka pun rasa tak cukup duit! Oh... nauzubillah... Orang begitu tak akan rasa bahagia...

Apa yang saya tahu, kejayaan dan kebahagiaan dalam hidup kita tak akan dapat, hatta kita cari hingga ke hujung dunia sekalipun selagi hubungan kita dengan orang tua kita bermasalah. Hidup tak berkat dan sentiasa 'melarat'. Bila tak berkat, harta banyak mana sekalipun tetap tak bahagia! Hidup ni akan ada saja benda yang tak kena...

Kebajikan: Utamakan Keluarga dan Saudara-mara

Dan pasal silaturrahim pulak, Ustaz pesan, kalau nak buat kebajikan, nak keluarkan zakat atau sedekah, utamakan keluarga kita dulu. Tengok dulu kalau-kalau keluarga kita lebih memerlukan. Mungkin kita ada adik beradik dan sepupu-sepapat yang susah di kampung. Jadi, utamakanlah mereka dulu.

Soal mereka tak balas atau tak berterima kasih itu soal mereka. Tak ada kena mengena dengan kita. Yang kita nak bukan balasan dari mereka, tapi kita nak janji Syurga dan kasih sayang dari Tuhan. Bila Tuhan sayang, hidup kita akan cukup segalanya... Serba serbi akan jadi cukup walaupun mungkin mengikut kiraan matematik, ianya tak cukup...

Wallahu a'lam.

Zulkifli
Damansara Damai
18 November 2009

Senangnya Ada DVR...


Dah Lama Saya Cari Recorder
Alhamdulillah, dua bulan lepas saya beli Digital Voice Recording (DVR), jenama Sony. Memang bagus dan puas hati. Kualiti recording dia pun bagus. Antara function/ features dia:

  1. Boleh rakam suara yang berkualiti dalam format MP3.
  2. Boleh jadi MP3 Player.
  3. Boleh terus pindah data ke PC, guna USB port.
  4. Dia bagi sekali Rechargable Battery AAA, boleh caj terus kat PC guna USB port.
  5. Storage capacity 1GB. Kalau rakam guna format MP3 128mhz, boleh rakam hingga 17 jam. Biasanya nak guna sekejap jer. Untuk rekod kuliah/ kelas lebih kurang sejam ke tiga jam jer. Bila balik rumah terus pindah data ke PC.
  6. Pakej: Recorder, Earphone, 1 Rechargeable Battery (AAA), Ext. USB Cable, Externai Mic.
Saya beli yang 1GB, harga RM399. Kalau yang 2GB, harganya RM469. Tapi fikir-fikir, tak perlu yang besar sangat sebab data dia senang nak pindah/ simpan ke PC.
Harga agak tinggi, tapi NILAI manfaat yang saya dapat juah lebih mahal daripada tu. Sebenarnya, saya nak guna Recorder untuk kelas, dan ke majlis ilmu/ ceramah. Takut tertinggal info-info penting. Mungkin sebab tak sempat catat dan tak sempat nak faham sebab sibuk mencatit nota!
Kekadang bila hadir ke majlis ilmu, dok sibuk layan/ tengok-tengokkan Aisyah dan Amal. Tak boleh nak fokus sangat dengar kuliah. Kekadang tu, letih sangat sampai tertidur dalam kuliah (",)... Hadir kuliah sekadar ambil 'berkat'...

Dua Jenis DVR di Pasaran
Untuk makluman sahabat, di pasaran, cuma ada dua jenis DVR iaitu jenama SONY dan OLYMPUS. Tak banyak kedai yang jual sebab pemintaan dia tak berapa tinggi.
Lama juga saya pergi survey dan fikir. Saya survey kat Digital Mall & Low Yat. Awal Ramadhan hari tu separuh hari saya survey benda tu. Fuh... penat pusing Low Yat sebab tak banyak kedai yang jual. Kat Low Yat Plaza tu, saya rasa ada lebih kurang 5 atau 6 kedai jer yang jual. Dan setiap kedai tu jauh-jauh. Ada duduk kat tingkat 1, ada kat tingkat 3 dan 4.
Lepas lama survey, untuk buat final decision, ana survey lebih detail kat internet pulak iaitu di website SONY dan OLYMPUS. Lepas buat decision nak beli model mana, barulah saya turun ke Low Yat beli satu - RM399 (1GB).
Alhamdulillah... saya pakai memang puas hati. Apa yang kita dengar di telinga masa kuliah/ kelas, itulah yang dapat di rekod oleh DVR. Memang clear. Tak ada bunyi bising.
DVR Betul-betul Bermanfaat
Setakat pakai dah dua bulan ni, memang banyak betul manfaat yang saya dapat. Saya dapat rekod banyak kuliah ilmu di syarikat, dan kelas-kelas bisnes yang saya hadir. Datanya saya simpan elok-elok dalam PC kat rumah. Yang mana saya rasa nak buat revision, saya boleh dengar balik. Alhamdulillah...
Akhir sekali, saya ucapkan terima kasih kepada sahabat yang bagi pendapat dan cadangan dalam portal hari tu. Senang saya buat keputusan dan pilihan. Moga Allah merahmati sahabat semua.
Wallahu 'alam.
Zulkifli
Damansara Damai
18 November 2009

Sunday, November 15, 2009

Aqiqah & Qurban Bukan Hal Remeh


Had Umur Aqiqah?
Ada rakan sepejabat tanya pasal had umur aqiqah semalam. Apa yang saya tahu, ia sunat dilakukan pada hari ke tujuh kelahiran anak. Tentang had umur tu, saya tak pasti.
Jadi, tadi saya call Ustaz Azhar, EZ Qurban Sdn. Bhd. nak dapatkan kepastian. Mungkin dia lebih 'pakar' bab fiqh aqiqah sebab bisnes dia ialah aqiqah dan qurban. Dan beliau pernah datang bagi kuliah tentang aqidah dan qurban di syarikat kami.
Jawapan Ustaz, hukumnya sunat muakkad untuk anak selagi dia belum baligh. Dan hukumnya harus bila anak dah baligh. Katakanlah ibubapa kita tak pernah aqiqahkan untuk kita, kita boleh buat untuk diri kita sendiri. Dan soal jawab pasal aqiqah (dan qurban) dah di FAQ web EZ Qurban tersebut.
Mudahnya Aqiqah Dengan EZ Qurban
Masa kelahiran Fathi (anak ke-4 kami) hari tu, kami buat aqiqah dengan EZ Qurban. Alhamdulillah... mudah. Kami laksanakan tepat hari ke tujuh. Kami bank-in duit hari ke-3 kelahiran Fathi, dan kemudian saya call Ustaz Azhar supaya aqiqah dilaksanakan hari ke-7.
Lepas tu, EZ Qurban hantar resit, sijil perlaksanaan aqiqah dan siap bagi foto kambing yang disembelih bersama nama "Fathi Mohd Zulkifli" dan tarikh perlaksanaannya sekali. Alhamdulillah. Memang reliable...
Kalau nak buat aqiqah cara biasa, memang tak sempat la hari ke tujuh. Sebab tujuh hari pertama kelahiran baru, biasanya kita kelam-kabut sikit. Banyak hal nak kena settle. Apatah lagi dalam proses transisi hidup daripada ber-anak tiga (3) kepada ber-anak empat (4). Nak kena coupe dengan keadaan baru.
Aqiqah & Qurban Bukan Hal Remeh
Pasal aqiqah ni, sebelum dengar kuliah dari Ustaz Azhar, saya anggap remeh jer. Nak buat bila 'mampu'. So, releks la dulu. Tunggu duit banyak baru nak buat. Tapi kalau ikutkan duit, memang tak pernah rasa banyak. Ada saving RM1,000 rasa sikit. Ada RM10,000 pun rasa sikit juga! Jadi, tak pernah rasa banyak. Mungkin dalam diri ni ada sifat kedekut...
Sebab ada sifat kedekut itulah Tuhan suruh kita keluarkan zakat dan infaq dari kekayaan yang Tuhan beri pada kita. Dan Tuhan juga suruh laksanakan ibadah qurban yang semua itu kita kena korbankan duit yang kita sayang kerana Tuhan!
Pentingnya ibadah qurban hinggakan Nabi S.A.W cakap jangan datang ke masjid baginda bagi orang yang tak laksanakan ibadah qurban sedangkan dia mampu...
Tawassul Dengan Ibadah Qurban
Dan qurban juga selain ia sunat muakkad (sunat yang hampir hukum wajib), qurban juga boleh digunakan sebagai 'tawassul' untuk apa sahaja hajat kita. Bila kita laksanakan ibadah qurban, mintalah apa sahaja yang kita hajatkan dari Tuhan.
Mungkin kita ada masalah dalam hidup. Apa sahaja masalah, mintalah Tuhan selesaikan masalah kita. Sebab keputusan selesai atau tidak semuanya di tangan Tuhan. Mudah-mudahan, Tuhan sempurnakan hajat kita kiranya ada ikhlasan dengan ibadah qurban yang kita laksanakan. InsyaAllah.
Setiap Anak Tertahan Dengan Aqiqahnya
Masa kuliah Ustaz Azhar tu, beliau kupaskan pesanan Nabi S.A.W yang bermaksud: “Setiap anak itu tertahan dengan aqiqahnya, disembelih baginya hari yang ke tujuh, dinamainya dan dicukur kepalanya.” Ustaz huraikan perkataan "tertahan" tersebut.
Ada tiga perkara yang mungkin tertahan iaitu:
  1. Tertahan tumbesaran, kecerdasan, dan kesihatan anak tersebut;

  2. Tertahan godaan syaitan dalam urusan dunia dan akhirat (pandangan Ibn Qayyim); dan

  3. Tertahan dari memohon syafa'at kepada kedua ibubapanya selagi belum di aqiqahkan (pandangan Al-Laith).
Percepatkan Aqiqah Anak-anak

Jadi, lepas dapat kefahaman baru, kami percepatkan aqiqah Fathi. Buat hari ke tujuh. Alhamdulillah... puji-pujian bagi Allah... Fathi adalah anak kami yang paling senang dijaga dan tak banyak masalah. Mungkin itu antara hikmah mempercepatkan aqiqah untuknya.

Kakak-kakak Fathi dulu, ada yang jenis banyak menangis. Ada yang jenis tak tidur malam. Ada yang mudah sakit demam selsema dan macam-macam lagi. Mungkin juga disebabkan kami selalu tangguh-tangguhkan aqiqah untuk mereka semua. Tunggu Raya Haji baru nak buat aqiqah!

Saya disini sekadar berkongsi apa yang saya faham tentang ibadah qurban dan aqiqah. Untuk mendapat ilmu yang lebih sahih, rujuklah para alim ulama. Ini cuma perkongsian sesama teman tentang sedikit sebanyak yang saya tahu.
Mudah-mudahan sedikit sebanyak ada manfaatnya. InsyaAllah.

Zulkifli
Damansara Heights
13 November 2009

Tuesday, November 10, 2009

Tinggalkanlah Perdebatan


Semalam terbaca blog Ustaz Zaharuddin Abd Rahman iaitu pasal isu Program Derma Wang Pos. Dan kebetulan beberapa minggu lalu saya diapproach oleh seorang kenalan baru iaitu En. Sharif (bukan nama sebenar) dengan Program Ta'awon (Program Derma Wang Pos).
Masa business presentation bersama rakannya yang lalu, saya nampak macam ada yang tak kena dengan program tersebut. Dan saya yakin, ramai orang Islam akan keliru sebab namanya ialah ta'awoon (tolong menolong).
Terhidu Unsur Riba
Walaupun namanya agak 'mulia', tetapi berdasarkan sistem yang dibentangkan, saya terhidu unsur riba di dalamnya. Mereka fikir, riba boleh terhapus dengan 'ikhlas' - sumbangan ikhlas. Benda ni saya faham masa hadir di Seminar Pengaruh Riba Dalam Muamalat moden di Masjid Damansara Damai tahun lepas bersama Ustaz Zaharuddin Mohamad.
Jadi, dengan cara yang terbaik, saya terangkan pada En. Sharif dan rakannya tentang unsur riba di dalam program tersebut. Saya tak boleh bagi kepastian, tetapi saya minta mereka rujuk pada yang lebih pakar dalam Muamalat Islam. Saya berterima kasih kerana mereka tunjukkan peluang tersebut kepada saya dan saya sangat hargai.

Bisnes Bermalas-malas
Saya agak sangsi sebab program tu tak ada produk, tak payah menjual, tak payah belajar dan semuanya tak payah. Cuma masuk dan bagi 'sumbangan' sahaja, kemudian rekrut orang ramai masuk dalam network kita.
Saya sebenarnya memang terbuka untuk sesiapa sahaja tunjukkan peluang, tetapi peluang yang semuanya "tak payah", jawapan saya biasanya ialah "tak payah".
Pada saya, duit bukan segala-galanya. Duit itu perlu, tapi apa yang menjadi keutamaan saya ialah value (nilai) yang dipakejkan bersama duit. Memang betul boleh dapat duit, tapi kalau ada elemen haram, syubhah, mengambil 'kesempatan', dan bermalas-malas, saya tak begitu teruja. Peluang 'bisnes' yang semuanya "tak payah" hanya sesuai untuk orang yang malas!
Bukan Bisnes "Tak Bagus"
Orang yang malas memang tak akan berjaya. Sekalipun dah 10 jenis bisnes mereka join, semuanya tak akan menjadi. Malangnya, orang kitalah (Melayu) yang suka dengan bisnes yang malas. Sebab tu orang Melayu ramai yang tertipu dengan skim-skim cepat kaya!
Dah 10 bisnes dia join, tapi tak satu pun menjadi. Semuanya habis duit, bukan dapat duit. Alasan mereka mudah, "bisnes tu tak bagus"!
Sebenarnya bukan bisnes "tak bagus", tapi diri sendiri yang "tak bagus". Suka cari jalan mudah, suka bisnes yang "tak payah" buat itu dan ini. Tapi berangan-angan nak jadi jutawan!

Ingat Mengingati Sesama Teman
Lepas baca artikel Ustaz Zaharuddin tentang program wang pos tu, saya terus sms pada En. Sharif dengan cara terbaik supaya beliau rujuk artikel tersebut. Sebagai kenalan, saya ada tanggungjawab untuk ingatkan beliau. Sharing is caring...
Terkejut!
Tetiba datang satu sms kepada saya mengecam kerjaya saya, mengaitkan pencarum KWSP terlibat dosa sebab pelaburan KWSP yang tak halal 100% dan macam-macam lagi. Dan semua dakwaan beliau tersebut saya dah ada jawapannya. Semuanya dah dijawab oleh Ustaz Zaharuddin dalam buku "Wang, Anda dan Islam" yang tersusun elok di workstation saya ni.
Kalau ikutkan, teringin nak jawab satu persatu tetapi berdasarkan pengalaman, saya belajar satu pelajaran hidup yang penting iaitu tinggalkan perdebatan!
Tinggalkan Perdebatan
Ya, tinggalkan perdebatan adalah lebih baik kalau perdebatan itu bermotifkan menang-kalah. Bukan nak cari kebenaran. Sebabnya, perdebatan begitu biasanya merugikan.
Pertama rugi masa melayannya. Kedua rugi emosi melihat orang yang membutakan mata dan memekakkan telinga dari kebenaran. Dan yang paling penting ialah merugikan persahabatan. Perdebatan menang-kalah biasanya akan berakhir dengan mencalar persahabatan.
Jadi, saya buat keputusan untuk tinggalkan perdebatan. Sekurang-kurangnya saya tak rugi sms membalas hujah. Tugas saya cuma memberi peringatan, dan biarlah Tuhan yang merubahnya. Dan memang itulah pesanan Tuhan berkali-kali dalam Al-Quran kepada Nabi S.A.W iaitu supaya menyampaikan kebenaran dan memberi peringatan. Bukan merubah...
Wallahu a'lam.

"Janganlah bertengkar dalam apa juga perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa kebaikan" - Asy-Syahid Hassan Al-Banna
"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk" [Al-Qasas 28:56]
Zulkifli
Damansara Heights
12 Oktober 2009

Thursday, November 5, 2009

Rehlah Keluarga Pemuda Damai 2009

Sampai jer di Teluk Kemang, Fathi demam. Terus kami ke Pekan Port Dickson cari klinik. Kali pertama sampai ke Pekan PD. Sebelum ni sampai ke pantai jer.

Fathi demam. Doktor masukkan ubat demam ikut punggung. Sejam lepas tu suhu badan dia turun jadi normal.

Singgah kawasan pasar malam dekat Pantai Port Dickson.

Kami berkampung di rumah UPM.

Menikmati sunset di Pantai Teluk Kemang.

Anak-anak sahabat. Antara yang seronok rehlah begini sebab ukhuwwah antara keluarga makin kukuh. Anak-anak bermain sesama anak-anak. Ibu-ibu sibuk bersembang dan memasak bersama.

Bapa-bapa macam biasa la. Bersembang dan siapkan BBQ.

Akhi Zainan selaku 'Pengarah' program. Antara sahabat yang sungguh berinisiatif dan proaktif.

Tak sabar-sabar beberapa hari sebelum berangkat lagi. Nak mandi pantai. Tapi pantai Teluk Kemang tak berapa best berbanding pantai-pantai di Pantai Timur.

Akhi Zainan bersama anak ketiganya - Adam berumur 2 tahun.

Anak-anak Akhi Anuar dan anak Akhi Zainan yang kat tengah tu. Foto sahabat-sahabat lain yang bermandi manda tak sempat ambik. Tak kebetulan dengan kamera.

Anis memang tak suka ke pantai. Sedih sebab terpaksa ke pantai juga.

Fathi excited nak main pasir. Mungkin satu pengalaman baru untuk dia.

Sebahagian keluarga Pemuda Damansara Damai. Sahabat kami Al Izudin dan isterinya terpaksa balik awal sebab isterinya nak bertolak balik ke kolej di Penang.
[Foto rehlah tahun lalu; "Rehlah Keluarga Pemuda Damai 2008"]

Tuesday, October 27, 2009

Hutang Dengan Allah


Tips Cepat Pergi Haji
Dua hari lepas kuliah zohor oleh Ustaz Zulkarnain Hamzah (Ustaz Zul). Ustaz Zul adalah host rancangan Kalam Suci di Astro Oasis. Dan rancangan Kalam Suci pula ditaja oleh Rayhar Travel, iaitu syarikat tempat Ustaz Zul bekerja - bawa jemaah haji.

Satu pesanan Ustaz Zul (yang saya masih ingat) bagi orang yang nak cepat pergi haji iaitu pastikan duit dalam akaun Tabung Haji ada RM9,000 lebih. Katanya, bila ada kuota tambahan atau kekosongan, Tabung Haji akan hubungi sesiapa yang dalam akaunnya ada RM9,000 lebih, terutamanya orang KL.

Jadi, simpanlah duit cepat-cepat. Mudah-mudahan kita dapat cepat-cepat pergi Haji.

Hutang Dengan Allah
Menurut Ustaz lagi, dalam Islam empat perkara yang dianggap hutang dengan Allah - selagi ianya tak dilangsaikan iaitu Solat, Puasa, Zakat dan Haji.

Solat kalau tinggal masa zaman 'jahiliah' dulu, ia mesti bertaubat dan qadha'. Selagi tak bertaubat (sebab tinggalkan solat), dan qadha' (ganti) balik solat tersebut, selagi itulah ia dikira hutang. Tak boleh kira 'halal' atau hutang lapuk!
Begitulah juga dengan 3 perkara lagi. Zakat EPF misalnya, selalu orang lupa. EPF memang tak wajib zakat. Tapi, bila ianya dikeluarkan dari akaun, maka jatuhlah hukum wajib bayar zakat hatta pengeluaran untuk full-settlement pinjaman rumah. Yang ni selalu orang lupa.

Hutang dengan Allah kalau tak langsaikan di Dunia, kena 'langsaikan' juga di hari Akhirat kelak. Hari yang tiada jalan pulang...
Wallahu a'lam.

Zulkifli
11 September 2009
Damansara Damai
Artikel berkaitan: Jom Pergi Haji!

Wednesday, October 21, 2009

Utamakan "Future-Based Event"

"The difference between people who live paycheck to paycheck and people who are financially free is how they use their daily allotment of 1440 minutes a day"
Bukan "Time Management"

Hari tu, ada satu tips penting yang dikongsikan oleh mentor saya iaitu tentang Time Management dalam buku terbaru yang beliau baca. Katanya, istilah yang lebih tepat ialah Event Management - iaitu bagaimana kita susun aktiviti (event) mengikut keutamaan.

Contohnya, bagi orang yang nak tingkatkan "fitness" dia mungkin lakukan tiga perkara iaitu; (1) Makan makanan yang sihat, (2) Makan secara sederhana - berhenti sebelum kenyang kata Nabi, (3) Riadhah atau bersenam.

Utamakan "Future-Based Event"
Ketiga-tiga aktiviti tersebut semuanya penting untuk capai objektif "fitness" tapi dua aktiviti pertama bersifat Current-Based Event. Buat banyak mana pun, dia tak akan dapat "fitness" secara optimum. Jadi, untuk pastikan badan dia "fit", dia mesti utamakan aktiviti ketiga yang bersifat Future-Based Event iaitu Riadhah. Barulah matlamat dia akan tercapai.

Contohnya lagi, bagi orang yang buat bisnes, dia mungkin impikan rumah yang lebih selesa untuk keluarga. Tapi kalau masanya lebih banyak dihabiskan dengan mengemas rumah berbanding keluar membina bisnes, 10 tahun akan datang pun rumah dia tetap macam tu.

Kalau keluasan rumahnya cuma 750 kaki persegi sekarang, 10 tahun akan datang rumahnya tetap rumah yang sama, dengan keluasan yang sama kalau dia terlalu banyak fokus pada kerja membersih dan mengemas rumah. Jadi, dia mesti urus aktiviti (event) dia supaya kerja-kerja yang dia buat akan memberikan masa depan yang lebih baik untuknya.

Kita Tak Boleh Hebat Semua Perkara

Bila mentor ulas benda ni, saya teringat kata-kata Azizi Ali (pakar kewangan peribadi) dalam bukunya bertajuk "Jutawan Ekstrim". Antara yang saya ingat ialah;
Kita tak boleh jadi hebat dalam semua perkara. Kita tak boleh jadi seorang businessman yang hebat, dalam masa yang sama seorang 'suami mithali' yang banyak habis masa membantu isteri dalam urusan mengemas rumah, dan dalam masa yang sama juga seorang kakitangan syarikat yang paling cemerlang. Kita mesti fokus dan utamakan yang utama - mengikut apa matlamat kita.

Katanya lagi, dia seorang pakar kewangan, tapi dia tak tahu membaiki kereta hinggakan bahagian-bahagian penting kereta pun dia tak berapa tahu. Dia tak tahu kerja-kerja menukang rumah. Dia tak ada masa untuk semua itu.

Dia kurang masa membantu isteri dalam kerja-kerja rumah, tetapi dia hadiahkan isterinya orang gaji yang dapat membantu kerja-kerja isterinya. Katanya lagi, adalah lebih baik dia fokus pada apa yang lebih utama untuk capai impian beliau sekeluarga berbanding menghabiskan masa dengan kerja-kerja rumah.
Manfaatkan 1440 Minit Sehari Sebaiknya

Alhamdulillah, dari situ saya faham, saya mesti fokus apa yang lebih utama. Dan mungkin tabiat saya yang terlalu obses untuk pastikan rumah sentiasa bersih dan kemas (yang bersifat Current-Based Event), mesti sedikit dikurangkan. Kalau dulu setiap 2 hari mesti nak vakum dan mop lantai, tapi sekarang mungkin saya perlu kurangkan kepada 4 hari sekali. Saya perlu utamakan apa yang lebih utama - Future-Based Event.
InsyaAllah.
“Most of people waste their lives waiting for the ‘perfect time’ to do X, Y or Z. Whether it’s the best of times or the worst of times, it is only the time we got. The difference between people who live paycheck to paycheck and people who are financially free is how they use their daily allotment of 1440 minutes a day.” – Burke Hedges, The Parable of Pipeline
Zulkifli
Damansara Damai
14 Oktober 2009

Friday, October 16, 2009

Duit, Rumahtangga dan Bahagia

"Duit bukan segalanya, tapi segalanya perlu duit - untuk sempurnakan tanggungjawab"

Bertunang sejak Mei 2007 lagi. Duit untuk aqad nikah ada, tapi kenduri belum lagi. Dan akan mula bekerja bulan Ogos atau September 2010. Keluarga perempuan dah setuju aqad nikah dulu, kenduri buat kemudian. Tapi keluarga lelaki tak setuju. Nak sekalikan aqad nikah dan kenduri.

Permasalahan di atas diajukan kepada saya semalam oleh seorang sahabat - adik kampus.

Apa yang saya faham, kalau dah bertunang, percepatkan perkahwinan adalah lebih baik. Tapi bila melibatkan soal kemampuan kewangan, ditambah lagi masih belajar, saya sarankan pada Akhi Sabri (bukan nama sebenar) supaya tangguhlah dulu perkahwinan, kalau boleh. Sekurang-kurangnya sehingga beliau start bekerja.

Kos Lepas Kenduri Lebih Merisaukan

Saya tak begitu risau dengan kos kenduri, tapi lebih merisaukan ialah kos selepas kenduri - yang jauh lebih besar dari kos kenduri. Ramai bakal pengantin tak realise benda ni, sebab fikiran banyak terbeban pada persiapan majlis.

Saya cadangkan tangguh dulu perkahwinan kerana satu sebab iaitu "kemiskinan boleh mengusir kebahagiaan rumahtangga".

Pasangan yang nak berumahtangga pastinya impikan bahagia dengan pasangan tercinta. Tapi kemiskinan akan menghadkan banyak perkara dan mungkin menghambat bahagia yang dicita. Segala-galanya terhad. Walaupun duit bukan segalanya, tapi segalanya perlukan duit...
Makan terhad. Nak bergerak terhad. Balik kampung terhad. Nak santai dengan isteri terhad. Setiap masa sentiasa terfikir pasal duit - untuk terus hidup. Tak ada masa untuk melayari cinta dengan si dia.
Walaupun mungkin keluarga boleh membantu sedikit sebanyak, tapi kita ada maruah. Kita kena berdiri atas kaki sendiri. Susah senang kita tanggung sendiri. Pantang sekali menagih simpati.

Pengalaman Hidup Di Zaman Sempit

Pengalaman zaman sempit lepas berumahtangga cukup manis untuk dikenang, tapi pahit untuk dilalui. Sebahagiannya pernah saya coretkan dalam artikel saya "Keluarkan Diri Dari Kesempitan".

Saya berumahtangga ketika baru dua bulan bekerja di KL. First job. Habis belajar, dua hutang (pinjaman pendidikan) sudah tersedia untuk mengikis gaji saya yang cuma RM1,600 (belum tolak EPF 11%). Sedangkan paras kemiskinan di KL ketika itu adalah RM2,500 (pendapatan isi keluarga).

Banyaknya Kos Lepas Kahwin

Isteri tak berkerja. Rumah perlu di sewa, barang rumah nak kena beli. Kos pindah dan masuk rumah, maasyaAllah... banyaknya... RM2,000 tak cukup untuk bayar deposit sewa, advanced rental, dan beli keperluan asas rumah.
Nak beli kereta tak payah la cerita. Setahun bekerja, kenaikan gaji cuma RM50! Huh... tenatnya rasa ketika tu. Habis korek duit dan simpanan kami suami isteri untuk beli kereta second hand, untuk sambut kelahiran anak pertama - setahun lepas kahwin.
Nak sambut bayi pertama, bukan kecil kosnya. Tak ada seribu, menangislah kita... pakaian, keperluan dan aksesori bayi bukan murah. Hinggakan terdetik dihati saya ketika tu "Ya Allah, kenapa aku kahwin awal sangat. Aku dah menyusahkan anak orang (isteri) sekarang ni".

Perlunya Cari Second Income

Duit gaji memang tak boleh diharap sangat. Perlu cari second income.
Macam mana? Kerja part-time? Buat bisnes? Ah... susahnya... tak ada orang bagi panduan masa tu. Sana sini cari kerja part-time. Peluang kerja semuanya berbentuk 'metafizik' yang bersifat 'ada tapi tak ada'. Ada diiklankan dalam akhbar, tapi kerjanya lain dari apa yang diiklankan - misleading.

Buat bisnes? Hah... ini pun susah juga. Silap hari bulan, hilang duit sebelum dapat duit! Ramai yang suka ambik kesempatan daripada membantu. Tertipu. Dah la sempit, duit talian hayat kami terakhir hangus RM1,80o oleh penipu! Menangislah saya sendirian. Mulut kelu seribu bahasa. Tak tahu pada sapa nak mengadu. Nak cerita pada orang, rasa malu dek kebodohan sendiri. Disangka rezeki, tapi rupanya pengalaman 'ngeri'...

Bisnes Sendiri Lebih Baik

Akhirnya cuba-cubalah berniaga MLM. Kongsikan pada kenalan produk yang kami pakai dan kami berpuashati. Dapat untung RM10, alhamdulillah... Besarnya nilai RM10 ketika tu.

Apa taknya, naik gaji cuma RM50 lepas penat kerja SETAHUN! Inikan dapat RM10 cuma lepas beberapa MINIT bercerita (berkongsi pengalaman). Tak ada orang akan bagi free melainkan kita cari (usaha) sendiri... 'Nasib' kita berkadar terus dengan usaha kita. Kita bos, kitalah juga pekerja.

Mungkin untuk sahabat seperti Sabri, boleh cuba buat bisnes sendiri dari sekarang. Paling mudah ialah bisnes MLM.
Bisnes MLM Mungkin Boleh Menampung
Model bisnes MLM memang dicipta untuk semua orang sekalipun tak ada modal, tak ada pengalaman, tak ada masa dan takut mencuba. Yang penting ada 'impian', dan ada sikap ingin belajar.
Walaupun begitu, masih ada beberapa perkara yang perlu disemak sebelum menyertai mana-mana MLM. Supaya bisnes kita bersih, halal, dan dilakukan dengan penuh beretika (dan berakhlak Islam). Jauh sekali dari mengambil kesempatan dan menganiaya orang lain sebagaimana yang banyak berlaku. Itu mungkin akan saya kongsikan dalam artikel yang lain, insyaAllah.
Berikanlah Yang Terbaik Untuk Tersayang
Sedikit perkongsian ini, moga dapat memberi iktibar pada sahabat seperti Sabri tadi. Duit bukan penentu bahagia atau tidak, tapi duit perlu untuk sempurnakan tanggungjawab kita sebagai suami dan ayah nanti. Dan bila ia disempurnakan, barulah bahagia datang sebagaimana kita impikan.
Tentunya kita nak bagi terbaik untuk isteri dan anak-anak kita. Tempat tinggal yang agak selesa dan ada privacy untuk kita melayari cinta bersama isteri. Bukan hidup menumpang, walaupun rumah ibubapa atau mentua.
Tentunya kita nak beri makanan yang terbaik dan menyihatkan terutamanya ketika isteri mula berbadan dua. Memperjudikan kesihatan isteri ketika mengandung maksudnya memperjudikan kesihatan anak yang bakal lahir nanti. Kelak, kita suami isteri juga yang susah dek anak yang selalu sakit. Kos kesihatan bukan murah. Doktor berhati mulia pun tak boleh tolong kalau kita tak berduit...
Didikan Tuhan Dalam Kesusahan
Apa yang boleh saya katakan, amat manis bila dikenang, tapi pahit untuk dilalui - zaman sempit dulu. Walaupun begitu, ia banyak beri pelajaran baru pada saya dan isteri. Terlalu banyak. Sesekali terasa syukur atas didikan Tuhan waktu itu. Tapi harganya terlalu mahal.
Kalau berkesempatan nanti, mungkin saya akan kongsikan hikmah disebalik ujian kesusahan. Semuanya pelajaran penting dalam kehidupan untuk kami lebih kuat di masa depan, insyaAllah.
Wallahu 'alam.

Zulkifli
Damansara Heights
14 Oktober 2009

Sunday, October 11, 2009

Azabnya Cinta Tanpa Percaya

"Bang, ingat Ayang (selalu) yer Bang..."

Pesan isteri sebelum saya melangkah keluar rumah sebab ada urusan di hujung minggu. Supaya sentiasa 'ingatkan' dia di rumah bersama anak-anak. Bukan tak percaya, tetapi sekadar "Tazkirah Cinta".

Saya tersenyum dan membalas; "Bukan macam tu Yang, pesan la Abang supaya ingatkan Tuhan. Kalau Abang ingat pada Tuhan, insyaAllah Abang ingat pada Ayang dan anak-anak."

Ingatkan Dia Akan Tuhan

Saya ingatkan dia balik supaya ingatkan suaminya akan Tuhan. InsyaAllah, dia akan ingatkan keluarganya. Pentingnya peringatan begini, kerana kehidupan rumahtangga hari ni penuh dengan cabaran. Bukan sahaja rumahtangga artis yang selalu sinonim dengan kes bercerai berai, tapi rumah tangga 'ustaz' juga tak terlepas...

Saya fikir, isteri boleh sebenarnya cek tahap kasih sayang suami pada dia. Berdasarkan simtom-simtom depan mata, selalunya ia jadi petanda penting tahap kasih sayang seorang suami.

Kalau kita jumpa doktor, doktor akan cek beberapa bahagian. Antaranya dada, suhu badan, tekanan darah dan denyutan nadi. Dari situlah doktor boleh baca tahap kesihatan kita.

Periksa Nadi Kasih Sayang

Dan begitulah juga isteri. Kalian boleh periksa tahap kasih sayang suami. Cuba cek denyutan 'nadi' kasih-sayang dia pada kalian seperti berikut.
  1. Nadi Solat suami macam mana. Adakah dia benar-benar jaga solat ataupun tidak. Solat cukup 5 waktu, solat awal waktu, berjemaah di masjid dan surau? Solat adalah lafaz-lafaz cinta dia kepada Tuhan. Ia melambangkan cinta dia pada Tuhan. Kalau dia benar-benar cinta pada Tuhan, insyaAllah dia akan juga cinta sesama manusia. Apatah lagi pada manusia yang sepatutnya dia cinta.

  2. Nadi Al-Quran macam mana. Rajin baca ke tidak. Adakah kita komited untuk membaca lembaran surat-surat cinta dari Tuhan - Quran - setiap hari? Quran adalah surat cinta yang sentiasa me-recharge cinta dia kepada Tuhan dan sesama manusia.

  3. Nadi Majlis ilmu dan zikrullah. Adakah dia komited ataupun tidak. Nadi majlis ilmu dan majlis zikrullah sentiasa ingatkan dia tentang tanggungjawabnya pada Tuhan dan sesama manusia. Dan di majlis-majlis begitu jugalah tempat dia bersahabat dan bergaul dengan orang yang soleh.

  4. Nadi Persahabatannya. Bersahabat dengan orang yang soleh dan sentiasa menziarahi para alim ulama yang wara' bukan kecil impaknya. Bahkan nadi persahabatan inilah yang dapat mengalakkan 'kesihatan' ketiga-tiga nadi di atas. Bersahabat dan bergaul dengan orang yang soleh ni membuatkan kita sentiasa terdorong untuk jadi baik. Bahkan kalau kita hampir lalai, mereka semualah yang biasanya sudi ingatkan kita.
Semua nadi-nadi di atas, akan menunjukkan tahap iman dan kasih sayang seorang suami.
Dan jangan lupa, iman dan kasih sayang adalah berkadaran terus. Lebih kuat iman dia, lebih sayanglah dia pada isteri, anak-anak dan seluruh ahli keluarganya.
Iman dan Kasih Sayang Berkadar Terus

Suami yang ingatkan Tuhan, dia ingatkan isteri di rumah. Ayah yang ingat Tuhan, dia ingatkan anak-anak. Anak yang ingatkan Tuhan, dia ingat pada ibu dan ayah dia di kampung. Iman itulah kuncinya.
Sebabnya, orang beriman sentiasa berhati-hati dengan Tuhan. Dia tahu Tuhan ada di mana-mana. Walaupun dibelakang isteri, Tuhan sentiasa bersama dia. Isteri tak perlu risau atau gundah gulana walaupun ke mana sahaja suaminya pergi. Tuhan sentiasa menjaganya.

Secara terus-terang, saya sebenarnya rasa kesian tengok pasangan bercinta tanpa rasa percaya. Walaupun kami tak pernah bercinta (sebelum kahwin), tapi saya dapat bayangkan 'kepedihan' pasangan yang bercinta tanpa saling mempercayai.
Azabnya Cinta Tanpa Percaya

Sebelum kahwin dah tak percaya dan selalu 'bergaduh', apa akan jadi selepas kahwin?

Si boyfriend takut girlfried curang dan yang paling banyak berlaku, girlfriend takut si boyfriendnya curang - pasang dua tiga perempuan dalam satu masa. Setiap masa nak kena cek ke mana boyfriendnya keluar. Dengan siapa dia keluar. Kenapa dah beberapa hari tak hantar sms cinta. Kenapa itu dan kenapa itu.

Ish... susahnya jaga boyfriend. Sebabnya, boyfriend tak boleh 24 jam di depan mata!

Saya fikir, kita takut pasangan kita curang sebab kita sendiri yang curang dengan Tuhan!
Apabila Curang Dengan Tuhan

Kita keluar berdua-duaan dengan girlfriend/ boyfriend tanpa berteman walaupun sorang muhram adalah curang! Kita bergaul lebih batasan antara lelaki perempuan adalah curang! Dan pastinya pasangan yang pernah 'ringan-ringan' mahupun 'berat-berat' akan terasa lebih azab 'saling tak percaya' terhadap pasangan masing-masing.
Itulah azab dunia sebelum akhirat!

Kalau masa bercinta dah tak percaya, apakah mungkin akan ada saling mempercayai selepas kahwin. Oh, tentunya jauh sekali...
Orang kata, cinta manis sebelum kahwin (walaupun saya tak setuju 'statement' tu). Bila habis manis, apa lagi tinggal lepas kahwin? Pastinya sisa-sisa sepah saja yang tinggal. Dan 'kebarangkalian' dia akan lebih curang selepas kahwin...

Masakan tidak, kepada Tuhan pun boleh curang. So, curang pada manusia apalah sangat?
Kuncinya Pada Iman Dan Taqwa

Berbalik pada isteri saya tadi, saya selalu ingatkan dia, jagalah 'suami' supaya dia taat pada Tuhan. Sentiasa cek nadi-nadi kasih sayang dia sepertimana yang saya sebutkan tadi. InsyaAllah, dia akan ingat pada isteri dan anak-anak kalau semua nadi-nadi itu dalam keadaan baik.
Sekalipun jika dia mempunyai ramai isteri, setiap isterinya masih dapat kasih sayang secukupnya dari seorang suami kalau suaminya ingat akan Tuhan.

Wallahu a'lam.
Zulkifli
Damansara Heights
6 Oktober 2009

Artikel Berkaitan: "Kalau Sayangkan Si Dia"

Tuesday, October 6, 2009

Household Gold


Alhamdulillah, dah habis baca buku Household Gold tadi. Buku tulisan Dr. Steve Price dari US.

Hari tu (Hari Raya) start baca versi English, tapi bila go thru versi BM, rasa lebih cepat. So saya continue dengan BM.

Dan satu lagi, saya fikir, kalau nak cepat baca buku, tak payah highlight (Nota: antara tabiat saya bila membaca ialah menghighlight point2 penting). Just baca untuk dapatkan general idea. Kalau ada important point untuk disemak balik, baru saya kena buka balik buku dan highlight point-point tu.

Khazanah Tersembunyi Dalam Rumah

Household Gold menceritakan bagaimana barang-barang di rumah boleh membina aliran tunai - pendapatan - kepada kita. Bahkan pendapatannya lebih terjamin sebab semua orang pakai produk di rumah seperti segala jenis pencuci, toiletrist, kosmetik, vitamin dan suplemen makanan dan macam-macam lagi. Apa juga keadaan ekonomi, orang tetap pakai semua tu.

Contohnya berus dan ubat gigi. Walaupun gawat, orang terus pakai berus gigi bahkan mungkin lebih kerap memberus gigi - sebab nak pergi interview cari kerja baru. Jadi, orang yang 'berniaga' barang keperluan harian ini, akan terima pendapatan yang lebih terjamin.

Tragedi 'Gold Rush' Di San Francisco

Kisah teladan yang paling penting ialah tentang apa yang berlaku di San Francisco pada tahun 1850-an dulu. Apabila tersebar berita penemuan lombong emas yang baru, ramai orang tinggalkan pekerjaan mereka dan berhijrah ke sana. Tujuannya nak kaya dengan melombong emas.

Tapi hakikatnya, daripada 250,000 pelombong, cuma beberapa orang saja yang kaya hasil melombong emas. Ramai yang mati, kena penyakit, mendapat hasil yang sikit, habis duit di meja perjudian dan sebagainya.

Orang Kaya Hasil 'Gold Rush'

Bila pencarian emas berakhir, rupa-rupanya ada seorang peniaga yang benar-benar kaya hasil daripada 'tragedi' pelombong emas bernama Sam Brannon. Yang mengejutkan, Sam Brannon bukan seorang pelombong, tetapi seorang peniaga yang membekalkan (menjual) barang keperluan harian kepada para pelombong emas!

Kisah ini menyimpulkan bahawa emas sebenar bukanlah apa yang dicari dari perut bumi, tapi apa yang ada di dalam rumah kita sendiri! Apa yang dicari diperut bumi belum tentu hasilnya, tapi yang pastinya, setiap orang perlu terus menggunakan barang keperluan harian walau apa pun keadaan.

Manfaatkan Idea Sam Brannon di Era IT

Jadi sekarang, penulis mencadangkan bagaimana memanfaatkan barang keperluan yang ada di rumah untuk mencipta satu lagi pendapatan kita disamping terus bekerja makan gaji seperti sekarang.

Kita tak perlu berniaga seperti Sam Brannon, tapi dunia moden ini memberi peluang kepada kita mendapat kekayaan seperti beliau dengan kaedah perniagaan yang diguna pakai di era IT sekarang. Bagaimana caranya? Oh, saya rasa tak sesuai untuk diterangkan secara terperinci diruang yang terhad ni. Perlu face-to-face.

Wallahu a'lam.

Zulkifli
Damansara Heights
29 September 2009